close
Pergi ke kandungan

Plato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Image
Patung kepala Plato

Plato (Bahasa Yunani Kuno: Πλάτων, Plátōn) atau nama Melayunya Aflatun;[a] (nama Arab: أَفلَاطُون, rumi: Āflāṭūn; 427 Sebelum Masihi - sekitar 347 SM) ialah seorang ahli falsafah Yunani Purba yang sangat berpengaruh. Hasil kerjanya yang paling masyhur adalah Politeia (Yunani: Πολιτεία, "Kenegaraan") menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Beliau juga menulis Nomoi dan banyak dialog yang menampilkan gurunya Sokrates. Beliau menubuhkan sekolah Akademia di Athens, Yunani pertama seumpamanya di dunia Barat; beliau juga menjadi guru Aristoteles.[2] Selain sebagai filsuf, Plato juga dikenal sebagai salah satu peletak dasar agama-agama barat dan kerohanian.[3] Pemikiran Plato dikembangkan menjadi Neoplatonisme oleh para pemikir seperti Plotinus dan Porphyrios malah pengaruh besar perkembangan agama Kristian terutamanya pemikiran para Bapa Gereja seperti Augustinus. Filsuf Alfred North Whitehead bahkan menekankan pentingnya pemikiran Plato dengan mengatakan "ciri umum yang paling aman dari tradisi falsafiah Eropah adalah bahawa tradisi ini terdiri dari serangkaian catatan kaki untuk Plato".[4]

Sumbangan Plato yang terpenting adalah kefahamannya mengenai ide yang beranggapan dunia sedia ada adalah fana ini tiada lain hanyalah bayangan daripada dunia yang diidamkan segalanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh disentuh dan dilihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep fikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran". Menurut Plato kota muncul akibat pembahagian buruh, dan pembahagian buruh tidak boleh wujud tanpa ketaksetaraan semula jadi dalam kemahiran dan pelbagaian kehendak manusia.[5] Beliau hendak menghalang perkaitan antara kelas pemerintah dengan kelas yang diperintah agar mengelak konflik dalam masyarakat.[6]

Pemikiran Plato banyak dipengaruhi oleh Sokrates.[7] Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah perumpamaan tentang orang di gua.[2] Cicero mengatakan Plato scribend est mortuus (Plato meninggal ketika sedang menulis).[2]

Pemikiran

[sunting | sunting sumber]
Image
Gambaran Plato dan Socrates zaman abad pertengahan.
  • Iya Bersifat Sokratik

Dalam Karya-karya yang ditulis pada masa mudanya, Plato selalu menampilkan kepribadian dan karangan Sokrates sebagai topik utama karangannya.[2]

  • Berbentuk dialog

Hampir semua karya Plato ditulis dalam nada dialog.[2] Dalam Surat VII, Plato berpendapat bahawa pena dan tinta membekukan pemikiran sejati yang ditulis dalam huruf-huruf yang membisu.[2] Oleh karena itu, menurutnya, jika pemikiran itu perlu dituliskan, maka yang paling cocok adalah tulisan yang berbentuk dialog.[2]

Pandangan Plato tentang ide, jiwa, dunia ide dan dunia inderaan

[sunting | sunting sumber]

Konsepsi Jiwa

[sunting | sunting sumber]

Plato adalah orang pertama yang menulis bahawa jiwa bukan saja pati hidup tetapi juga pati fikiran manusia.[8] Dalam naskah-naskah Plato kita menemukan bahawa jiwa memainkan banyak peran, di antaranya sebagai penggerak tubuh, pembawa sifat-sifat moral, dan sebagai akal (nous) yang berfikir.

Dunia inderaan

[sunting | sunting sumber]

Dunia inderaan adalah dunia nyata yang mencakup benda-benda jasmani yang konkret, yang dapat dirasakan oleh pancaindra kita.[2] Dunia inderaan ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal.[9] Selalu terjadi perubahan dalam dunia inderaan ini.[9] Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia jasmani ini fana, dapat rusak, dan dapat mati.[9]

Teori Bentuk atau Alam Idea

[sunting | sunting sumber]

Gagasan tentang Alam Ide merupakan salah satu sumbangsih Plato yang terpenting dalam dunia filsafat.[9] Plato berpandangan bahawa bentuk-bentuk di dunia material tidak benar-benar nyata sebagaimana bentuk-bentuk sepadan di Alam Ide yang abadi, absolut, dan malar. Alam Ide adalah citra pokok dan purba dari segala realitas;[2] merupakan hakikat yang hanya terbuka bagi rasional kita,[2] dan bentuk-bentuknya tidak tergantung pada pemikiran manusia melainkan fikiran manusia yang tergantung padanya.[9]

Tentang karya seni

[sunting | sunting sumber]

Pandangan Plato tentang karya seni dipengaruhi oleh pandangannya tentang ide.[10] Sikapnya terhadap karya seni sangat jelas dalam bukunya Politeia.[10] Plato memandang negatif karya seni hanyalah tiruan sediada dari yang asli terdapat dalam ide (mimesis mimesos) yang mana benda dalam ide dianggap jauh lebih unggul, lebih baik, dan lebih indah daripada yang nyata ini.[10]

Tentang keindahan

[sunting | sunting sumber]

Pemahaman Plato tentang keindahan yang dipengaruhi pemahamannya tentang dunia inderaan, yang terdapat dalam Philebus.[perlu rujukan] Plato berpendapat bahawa keindahan yang sesungguhnya terletak pada dunia ide.[perlu rujukan] Beliau berpendapat bahawa Kesederhanaan adalah ciri khas dari keindahan, baik dalam alam semesta maupun dalam karya seni.[perlu rujukan] Namun, tetap saja, keindahan yang ada di dalam alam semesta ini hanyalah keindahan semu dan merupakan keindahan pada tingkatan yang lebih rendah.[10]

Dialog-dialog Plato

[sunting | sunting sumber]
Image
Cebisan papirus Oxyrhynkhos menyalin Politeia

Dialog awal[perlu rujukan]:

Dialog awal/pertengahan[perlu rujukan]:

Dialog pertengahan[perlu rujukan]:

Dialog pertengahan-akhir[perlu rujukan]:

Dialog akhir[perlu rujukan]:

Yang diragukan otentisitasnya[perlu rujukan]:

Karya tulis

[sunting | sunting sumber]

Bukunya yang berjudul Politeia memaparkan syarat ideal untuk jawatan pemimpin iaitu tidak adanya pemberian hak peribadi dan pengecualian hanya diberikan pada hal yang benar-benar penting. Syarat lain yang diberikannya adalah keterbukaan terhadap harta benda.[11]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin[1]
  1. ^ Nuruddin al-Raniri (1638–1643). Bustan al-Salatin. Dicapai pada 27 Feb 2023 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.CS1 maint: date format (link)
  2. ^ a b c d e f g h i j Tjahjadi, Simon Petrus L. (2004). Petualangan Intelektual. Yogyakarta: Kanisius. ISBN 979-21-0460-7
  3. ^ Foucault, Michel (2005). The Hermeneutics of the Subject. Palgrave Macmillan. m/s. 17.
  4. ^ Whitehead, Alfred North (1978). Process and Reality. New York: The Free Press. m/s. 39.
  5. ^ Plato, The Republic, Buku II
  6. ^ Roll Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1995
  7. ^ Bertens,K. Ringkasan Sejarah Filsafat, Yogyakarta:Kanisius. 1976. ISBN 979-413-351-5
  8. ^ Campbell, Douglas R. (2021-12). "Self‐Motion and Cognition: Plato's Theory of the Soul". The Southern Journal of Philosophy (dalam bahasa Inggeris). 59 (4): 523–544. doi:10.1111/sjp.12429. ISSN 0038-4283. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ a b c d e Bertens, K.Sejarah Filsafat Yunani.Yogyakarta:Kanisius.1999.
  10. ^ a b c d Sutrisno, Mudji dan Verhaak (1993). Estetika Filsafat Keindahan. Yogyakarta: Kanisius.
  11. ^ Lavine, T. Z. (2020). From Socrates to Sartre: The Philosophic Quest. Immortal. m/s. 11.